Utama  //  Berita  //  Penjenamaan Semula Koperasi


Artikel Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2018



Keyakinan orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan ditawarkan oleh koperasi perlu diperkukuhkan dengan penjenamaan semula koperasi berikutan wujudnya stigma masyarakat yang beranggapan produk atau servis keluaran koperasi tidak setanding atau berkualiti dengan syarikat lain. Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Yaakob lagi, syarikat milik koperasi seperti Dutch Lady ialah salah satu keluaran antarabangsa yang berkualiti.

Beliau mencadangkan agar jenama perniagaan menjadi identiti baharu kepada produk koperasi supaya dapat menarik perhatian pengguna. Beliau turut menyarankan Koperasi Orang Asli tidak hanya menumpukan kepada sektor perladangan namun turut mencari peluang dalam bidang pelancongan desa yang berpotensi besar.

Selanjutnya: Sinar Harian

Permohonan pembiayaan secara online